PM solat sunat Aidiladha bersama 15,000 jemaah

PM solat sunat Aidiladha bersama 15,000 jemaah

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 15,000 jemaah di Masjid Putra, di sini hari ini. 

Beliau yang lengkap berbaju Melayu warna biru muda itu hadir bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada pukul sekitar 8 pagi tadi. 

Ketibaan Anwar dan isteri disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan sebelum memasuki dewan utama masjid bagi menunaikan solat Aidiladha.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama kira-kira 15,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Iman Besar Masjid Putra, Dr. Muhamad Zakuwa Rodzali. 

Perdana Menteri kemudian mendengar bacaan khutbah bertajuk ‘Korban dan Semangat Kebersamaan’ yang disampaikan oleh Muhamad Zakuwa. 

Khutbah tersebut menekankan ibadah korban yang mendidik rasa syukur dan empati, selain daripada mengajar tentang silaturahim serta berkongsi rezeki. 

Selepas selesai khutbah Aidiladha, Anwar juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah lain di Masjid Putra.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN