Petisyen Konsert KRU & Friends - Utusan Malaysia

Petisyen Konsert KRU & Friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Khabarnya, demam konsert KRU seakan tiada berkesudahan? Begitulah kakak-kakak, abang-abang dan makcik-makcik era 90-an yang tidak boleh ‘melepaskan’ kegemilangan zaman itu ya!

Jangan ambil hati, Cik Bunga gurau sahaja. Sebenarnya, Cik Bunga kagum dengan semangat dan sokongan peminat-peminat KRU yang bagi kita, sangat ‘menggila’ dan sporting!

Bayangkan, daripada asalnya tiga hari, konsert KRU yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil tempoh hari jadi empat hari gara-gara mendapat permintaan daripada para peminat. 

Okeylah, ingatkan sudah selesai dan masing-masing pulang dengan hati yang gembira kerana kerinduan terhadap aksi dan lagu-lagu hits KRU terubati. 

Eh, rupa-rupanya tidak ya! Cik Bunga dengar peminat ramai yang mengutarakan petisyen agar Icon Entertainment usahakan juga untuk wujudkan konsert KRU & Friends buat mereka. 

Wow! Macam-macam permintaan yang Cik Bunga dengar ya. Memang pening kepala Iman Tang agaknya. 

Iyalah, mereka nak tengok KRU beraksi di konsert itu kelak dengan rakan-rakan artis yang pernah bernaung di bawah label mereka dahulu termasuk artis-artis yang pernah mendapat sentuhan lagu daripada Edry, Norman dan Yusry. 

Nama-nama yang tidak ketinggalan, mereka mahukan kumpulan Elite, Feminin, Juliana Banos, Ezlynn, Adam, Stacy, Forteen, Indigo, X Factor, Phyne Ballerz, Dafi, The Lima termasuklah Anita Sarawak.

Kedengaran macam mustahil? Rasanya mungkin tidak susah sangatlah untuk Iman Tang. Sebab dia saja di Malaysia ini yang mampu menghasilkan ‘keajaiban’ seperti ini. Setuju tidak? 

Anggaplah ini satu cabaran buat Iman dan pasukannya. Peminat dan minta dan desak ini. Tak akanlah nak duduk diam sahaja bukan? Apa kata realisasikan sahaja permintaan kami ini. Ya, Cik Bunga pun salah seorang peminat KRU tahu. Jadi macam mana Iman Tang? Ada berani tak? 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN