Permohonan Muhyiddin rujuk persoalan didengar 28 Ogos

Permohonan Muhyiddin rujuk persoalan undang-undang didengar 28 Ogos

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merujuk persoalan undang-undang kepada mahkamah tertinggi berhubung kesahihan peruntukkan tertentu di bawah Akta Hasutan 1948 akan didengar pada 28 Ogos ini.

Hakim Datuk Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam Joshua Tay yang mewakili Muhyiddin memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan telah bersetuju mengenai tarikh itu.

Mahkamah kemudian mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan mereka selewat-lewatnya 14 Ogos.

Ahli Parlimen Pagoh itu untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan peruntukan tertentu dalam akta berkenaan.

Sebelum ini, Muhyiddin mengaku tidak bersalah mengeluarkan perkataan berunsur hasutan ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara 10.30 malam hingga 11.50 malam pada 14 Ogos 2024.

Kenyataan itu berkait dakwaan beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.

Muhyiddin didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 4 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN