Shahidan akan pertahan jawatan Presiden MA

Shahidan akan pertahan jawatan Presiden MA

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan kepimpinan tertinggi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 15 Jun ini.

Menurut Shahidan, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada perwakilan untuk membuat keputusan, namun tetap berkeyakinan dan menyerahkan segala urusan kepada ketentuan Ilahi.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga saya menang. Ini adalah proses demokrasi yang sangat terbuka dan sihat. 

Semua orang ada peluang untuk bertanding dan tiada halangan untuk mana-mana calon mengemukakan pencalonan,” katanya.

Shahidan turut mengumumkan bahawa pencalonan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden telah ditutup dan dibuka secara rasmi selepas disimpan selama tiga hari mengikut perlembagaan.

Sementara itu, senarai pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden turut diumumkan dengan beberapa nama baharu tersenarai.

Beliau juga memaklumkan bahawa satu mesyuarat khas akan diadakan pada 10 Jun ini bagi membincangkan laporan Jawatankuasa Tatatertib dan Gosel Displit menjelang pemilihan nanti.

Dalam pada itu, Shahidan turut mengingatkan semua calon agar berkempen secara berhemah dan mengelakkan penglibatan mana-mana agensi kerajaan bagi mengelak pelanggaran undang-undang termasuk yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kalau ada calon nak menarik diri, mereka boleh berbuat demikian dari semasa ke semasa sehingga ke hari terakhir pemilihan,” jelasnya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Olahraga Perak (POP), Datuk Karim Ibrahim membuat kemunculan semula apabila beliau merupakan salah seorang daripada calon yang bakal bertanding merebut kerusi No. 1 badan induk itu bagi penggal 2025-2029.

Selain Karim, penyandang presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim turut bertanding bersama dua lagi calon iaitu Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan MA, Datuk Mark William Ling Lee Meng. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN