BUTTERWORTH: Trend penyalahgunaan dadah membabitkan golongan berpendidikan tinggi yang semakin meningkat amat membimbangkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata, berdasarkan statistik dari Januari hingga Mac lalu, sebanyak 559 individu mempunyai pendidikan tinggi iaitu sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Katanya, walaupun jumlah itu kelihatan kecil, namun, ia tetap membimbangkan kerana kelompok terbabit adalah kumpulan produktif yang sepatutnya menggunakan…