MELAKA: Seorang peniaga pakaian diberkas polis selepas disyaki terlibat dalam kes melepaskan tembakan menggunakan pistol angin dalam kejadian di Jalan Johor, Semabok pada awal bulan ini. Suspek lelaki berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Puchong, Selangor pada 17 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, penahanan itu susulan laporan polis…