Pengusaha kedai runcit mengaku salah jual rokok harga rendah

Pengusaha kedai runcit mengaku salah jual rokok harga rendah

PEGAWAI dan anggota kesihatan memeriksa paket rokok di Mahkamah Majistret Kemaman di Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Padah menjual paket rokok dengan harga murah dengan tidak mematuhi harga jualan minimum, seorang pemilik premis kedai runcit didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. 

Tertuduh, Tan Wei Lian, 37, selaku orang kena sama (OKS) membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu melalui pekerjanya, didapati menjual paket rokok produk tembakau yang tidak mengikut harga jualan minimum ditetapkan. Kesalahan itu dilakukan lelaki itu kira-kira pukul 11.05 pagi di premis perniagaannya di Jalan Jakar, Chukai di sini pada 26 November tahun lalu.

Wei Lian didakwa mengikut Seksyen 14(4) Akta Kawalan Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).  Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 14(5)(a)(i) yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.

Difahamkan, Wei Lian merupakan individu pertama di negeri ini yang dituduh mengikut seksyen itu.  Taktik peniaga itu yang menjual rokok dengan harga rendah bagi menarik pembeli, terbongkar selepas pasukan penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan serbuan di premis itu November lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN