JOHOR BAHRU: Seorang pengurus sebuah syarikat pembekalan tar jalan dicari oleh majikannya kerana disyaki mencuri wang mencecah RM10 juta sepanjang 20 tahun bekerja di syarikat tersebut. Pengurus Pembangunan Perniagaan syarikat itu, Hoe Hong Seng berkata, wanita berkenaan, Hoh Yin Tai, 58, telah menghilangkan diri sejak November 2023 selepas syarikat mengetahui perbuatannya. “Wanita itu telah bekerja sebagai pengurus sejak 2004 lagi. Bagaimanapun, kita mula mengesyaki dia melakukan pecah amanah dengan tidak…










