Pengampunan Anwar sah, ikut prosedur

Pengampunan Anwar sah, ikut prosedur – Jabatan Peguam Negara

JABATAN PEGUAM NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses pengampunan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah sah dan mengikut prosedur Lembaga Pengampunan. 

Justeru Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya proses tersebut tidak sah dan perlu dipandang serius  kerana  membabitkan kepentingan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, AGC menegaskan, adalah tidak wajar sebarang kenyataan boleh mengelirukan masyarakat mengenai keputusan Lembaga Pengampunan dikeluarkan.

“AGC ambil maklum berhubung kenyataan Dr Mahathir mengenai pengampunan berkenaan, di mana beliau secara terbuka menyatakan keputusan pengampunan Anwar tidak sah kerana tidak melalui suatu persidangan Lembaga Pengampunan.

“AGC menegaskan, Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-51 diadakan di Istana Negara di sini, pada pukul 11 pagi, 16 Mei 2018.

“Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V dan turut dihadiri antaranya Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menerusi klip video di TikTok, Dr Mahathir mendakwa beliau menandatangani surat pengampunan tanpa nasihat Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengambil cuti rehat (garden leave) dan tanpa mesyuarat Lembaga Pengampunan.

AGC ketika memperincikan prosedur itu berkata, Sultan Muhammad V atas nasihat Lembaga Pengampunan bertitah perkenan rayuan pengampunan penuh terhadap Anwar dibenarkan.

“Pengampunan kepada Anwar dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta, berkuat kuasa mulai tarikh persidangan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Bagi tujuan mesyuarat berkenaan, Peguam Negara juga memberikan pendapat bertulis mengenai perkara itu, selaras Fasal (9), Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN