Peminat rayu Amir Ahnaf jangan kahwin dulu - Utusan Malaysia

Peminat rayu Amir Ahnaf jangan kahwin dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Populariti pelakon muda, Amir Ahnaf bukan sahaja mencuri tumpuan peminat tempatan, malah turut merebak hingga ke negara jiran.

Terbaharu, Amir berkongsi satu mesej peribadi yang cukup mencuit hati apabila seorang peminat wanita dari Indonesia merayu supaya dia tidak tergesa-gesa mendirikan rumah tangga.

Peminat itu meluahkan perasaan secara jujur dan spontan menerusi mesej Instagram, mengatakan dia belum bersedia secara mental untuk melihat Amir berkahwin.

“Abang, saya nak bagi saranan sikit ya. Tolong jangan cepat mahu kahwin. Bukan nak kata buruk, tapi saya belum bersedia,” tulisnya.

Menariknya, walaupun dia sudah ‘ditemani’ secara khayalan oleh Mark Lee dari kumpulan K-pop terkenal, NCT, namun hatinya tetap berat untuk melepaskan Amir kepada sesiapa.

“Memanglah ada Mark Lee yang temani, tapi Abang tolong sangat jangan dulu kahwin.Saya belum cukup kuat,” tambahnya lagi.

Peminat itu turut menyentuh tentang ‘musim kahwin’ yang sedang hangat di Indonesia dan memohon Amir supaya bersabar.

“Di Indonesia ini tengah musim orang kahwin. Tapi Abang sabar saja dulu ya, tenang, santai. Tolong sangat, mental saya belum bersedia,” katanya.

Lebih mencuit hati, mesej itu turut menyebut bahawa neneknya juga kini meminati Amir dan berharap pelakon itu tidak membuat keputusan terburu-buru.

“Nenek saya pun tengah jatuh cinta sangat dengan Abang. Jadi perlahan saja ya, Abang sabar dulu,” tambahnya.

Untuk rekod, Amir Ahnaf mula dikenali menerusi kejayaan siri Projek: High Council yang melonjakkan namanya sebagai pelakon pelapis berbakat.

Kini, dia aktif dalam bidang lakonan dan peragaan serta semakin menerima perhatian ramai. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN