Suatu pagi, pada bulan April. Ketika itu jam dinding yang berbentuk bulat yang tersangkut di dinding bahagian dalam kediaman rekrut Platon E kompeni belum pun menunjukkan pukul tujuh.
Ketika itu hujan renyai-renyai. Kawan-kawan perajurit dari platun lain sedang berlari-lari anak dalam satu kumpulan menuju ke padang kawad sambil menyanyi lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat dan cukup ceria sekali. Mereka ke sana untuk melakukan latihan fizikal, senaman perang dan senaman pagi. Begitulah setiap pagi rutin kami perajurit dalam pembikinan dan sentiasa berkeadaan yang cukup bersedia, teruja dan amat riang sekali terasa di hati ini.
Aku, ketika itu hanya memerhatikan sahaja gelagat kawan-kawan platunku dengan perasaan yang cukup berbaur antara sayu dan gembira.
Sayu, kerana aku terpaksa berpisah dan pergi meninggalkan mereka setelah lebih empat bulan hidup bersama-sama, bergelumang dalam menjalankan pelbagai aktiviti dalam platun tersebut.
Semua kenangan indah, susah senang kadang-kadang ,menangis ketawa, pahit dan manis semua kami sudah lalui, telan dan rasai bersama aku gembira kerana tidak pernah menyangka, aku bakal mendapat satu lagi jawatan baharu yang aku idam-idamkan selama ini semenjak kecil dahulu sewaktu di bangku sekolah rendah kira-kira lebih 40 tahun lalu.
Bondaku selalu bertanya mengenai cita-citaku.
“Apabila besar nanti nak jadi apa Jang? Selamba Aku katakan kepadanya nak jadi seorang cikgu.” Konsisten!…..itulah perkataan yang aku sebut selalu apabila kerapkali ditanya dan menjawab soalan bondaku.
Barangkali ini juga asbab doa bonda dan dengan keizinan Allah jua terjadinya begitu. Alhamdulillah, Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan lancar dalam tempoh dua tahun itu, aku akan menjadi seorang guru. Harap guru yang solehlah. “Thank you, Oh, Allah! I ‘m proud with you. Terima kasih bondaku!”
Aku diterima masuk untuk mengikuti latihan perguruan di sebuah maktab perguruan di ibu kota metropolitan Kuala Lumpur.
Nama singkatannya MPLP. Nama penuhnya ialah Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur bersebelahan dengan Maktab Bahasa. Kini maktab itu telah berubah nama menjadi Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu. Betapa riangnya hati ini ketika itu hanya Allah yang tahu. Syukur… alhamdulillah.
Sebenarnya, ibu tidak mengetahui hal ini. Aku dibawa berjumpa dengan Pegawai Pemerintah ( CO ) sebelum dibenarkan berhenti atau menarik diri daripada latihan ketenteraan itu dan terus meninggalkan Port Dickson (PD) Garisson ketika itu.
Sarjan Platunku yang menemani aku ke sana ialah Sarjan Abdul Rahman namanya yang dikatakan berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Kulitnya sangat cerah kemerah-merahan walaupun setiap hari mengajar kawad di bawah panahan terik mentari pagi yang meninggi, membahang , memeritkan dan amat memenatkan sekali.
Perjalanan hendak ke pejabat CO itu tidaklah jauh sangat hanya dengan berjalan mengambil masa lebih kurang lima minit sahaja kalau tidak silap ingatanku. Dengan langkahan deras dan tegap ‘ short and sharp’. Setibanya aku di pejabat tersebut dan setelah diperkenalkan oleh sarjan platun, aku pun dibenarkan masuk tetapi tidak dipelawa sama sekali untuk duduk di kerusi yang
terdapat di pejabat tersebut. Kemudian bermulalah sesi pertemuan itu.
Tidak ada apa-apa yang aku jawab kerana aku tidak pernah pun ditanya oleh pegawai pemerintahan tersebut. Komunikasi hanya berjalan satu hala sahaja. Dia yang bertanya dia yang menjawab.
Aku langsung tidak diberi peluang untuk bercakap dan membalas pertanyaannya itu.
Pelik. Paling aku ingat adalah percakapan pegawai itu semakin laju, kuat dan meninggi. Penampilannya sangat garang. Aku dibenarkan keluar tidak lama kemudian.
Aku rasa jengkel. Aku bingung. Aku tidak tahu dan faham mengapa Aku dipanggil untuk pertemuan saat itu. Tidak ada sepatah pun ucapan tahniah terpacul yang aku dengar keluar dari mulutnya ketika itu kecuali ton suara yang tinggi dan herdikan yang kuat.
Aku tidak faham mengapa aku diperlakukan begitu rupa. Apa salahku? Aku tidak faham dan tidak menggemari komunikasi yang begitu. Komunikasi yang hanya sehala! Tidak ada peluang untukku membalasnya atau menjawabnya walhal aku hanya insan biasa, seorang rekrut yang belum menamatkan sesi latihan yang selama enam bulan itu atau dalam pembikinan untuk menjadi
seorang tentera dan bakal berhenti seraya meninggalkan PD Garisson ini dalam masa yang terdekat.
Aku mengemaskan pakaian dan memasukkannya ke dalam beg lusuh yang Aku bawa semasa memulakan latihan dahulu. Tidak berapa lama kemudian barulah Aku mendapat tahu dan kepastian bahawa aku dibenarkan berhenti dan meninggal sesi latihan yang aku lalui selama beberapa bulan ini.
“ Good Bye Port Dickson!” Rasa riang menyelinap dan menyelimuti kalbuku. “Terima kasih Port Dickson… asbabmu aku mendapat pengalaman yang amat mahal, cukup manis, bersejarah dan amat berharga sekali dalam seumur hidupku ini.
“Terima kasih Port Dickson. Terima kasih ! Terima kasih sahabat-sahabat Platun E kompeni yang membantuku mendapat pengalaman berguna di sini!
Perjalanan dari Platun E kompeni ke ‘Guard Room’ mengambil masa cuma kira-kira tiga minit sahaja. Berhampirannya terdapat sebuah pondok menunggu bas untuk ke pekan Port Dickson.
Di situlah aku menunggu bas untuk ke pekan Port Dickson dan seterusnya ke destinasi nan jauh iaitu di rumah Kak Ngah Hawa Abdul Rahman, yang terletak di Jalan Kapar bersebelahan sebuah
kilang papan di Kampung Sungai Pinang, tidak jauh dari bandar Klang.
Aku tidak pernah lupa peristiwa ini dan telah menjadi antara kenangan terindah, manis dan sangat bersejarah serta amat terkesan dalam hidupku dalam meniti usia senja ini. Aku dipaksa melakukan aktiviti tekan tubi sebanyak dua puluh kali ketika itu.
Amat payah rasanya aku hendak melakukannya ketika itu berbanding ketika latihan semasa di padang kawad dahulu. Dengan berpakaian preman seluar ‘bell bottom’ dan berkasut kulit yang hujungnya rata yang boleh dikatakan agak berkilat juga aku turuti sahaja kehendak petugas yang juga seorang anggota tentera berpangkat Koperal itu.
“Terima kasih, rekrut. Ini dikira hadiah atau buah tangan kepada kami sebagai kenangan untuk selamat tinggal Port Dickson juga,” katanya sambil tersenyum sinis melihat aku akur dan tercungap-cungap serta tidak selesa dan berpeluh-peluh dibuatnya dewasa itu.
Sang mentari semakin menampakkan wajahnya.
“Koperal”….kataku sepatah tetapi cukup vokal dan hormat lalu beredar meninggalkan anggota tersebut dengan hati yang cukup jengkel untuk ke pondok menunggu bas untuk bergerak membawaku ke Klang.
Lima hari kemudian, selepas keluar dari Port Dickson, aku pun berlepas ke Kuala Lumpur untuk mendaftar diri dan memulakan latihan perguruan di Maktab Perguruan Lembah Pantai berdekatan dengan Maktab Perguruan Bahasa dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Aku ditemani oleh Kak Teh Ainon yang mendapat cuti selama tiga hari. Dia ketika itu bekerja di sebuah kilang kasut Bata di Jalan Kapar, Klang, tidak jauh dari rumah Kak Ngah Hawaku di Kampung Sungai Pinang.
“Duduklah.” Saran seseorang yang menyapaku sebaik sahaja aku menaiki bas yang membawaku ke bandar Port Dickson.
“Kosong tu….duduklah,” katanya lagi.
“Terima kasih, tak apa.” Responsku tanpa memandang ke arah siapa yang sedang menegur dengan ramahnya terhadapku. Macamlah sudah lama benar kenal denganku.
“Baru tamat Latihan?” Soalnya lagi.
Aku cuma tersenyum seraya mengangguk-angguk perlahan.
“Cuti?”
“Resign!”
“Dapat peluang lain, Insya-Allah.”
Bas terus meluncur laju menuju ke destinasi. Asrol terus juga berbual-bual dengan perempuan itu.
“Tak bangga dengan kerja sebagai seorang tentera. Takut mati barangkali?” Soalnya lagi.
“Bukan pasal tidak bangga. Saya hanya memberikan peluang itu kepada orang lain. Ada orang lain yang lebih berminat daripada saya,” ujar Asrol selamba dan tidak mahu memanjangkan sesi borak-borak itu.
“Jadi… saudara ini takutlah. Takut mati kena tembak?” Tanyanya bersungguh-sungguh seraya tersenyum sinis. Eh, eh banyak soal pula dia ini kataku di dalam hati.
“Tak. Soal mati ini, di mana-mana pun mati. Itu kehendak Allah. Sampai masa, habis rezeki, kita akan mati juga. Tidak boleh kita elakkan. Itu janji Allah, pasti. Tak terlebih, tidak terkurang. Lihat
dan fahami sahaja.Surah Ali Imran ayat 185.”
Perempuan itu tersenyum lagi sambil mengangkat keningnya perlahan. Kelihatan bibir atasnya terangkat sedikit.
Di rumahnya, di Batu Kikir Asrol diberkan sambutan yang sangat mengharukan. Tidak sedar air matanya jatuh satu, satu membasahi pipinya yang hitam berkilat itu.
Dia didekati dan ditanya bertubi-tubi oleh sanak saudara yang turut berada di rumahnya pada ketika itu. Ramai yang ingin tahu.
“Itulah… tak percaya, sabar!… sabar!” Ujar Mak Tijah ibunya.
“Tak apa mak. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya dapat menimba dan menggali pengalaman berguna di Port Dickson itu. Syukur mak. Pengalaman amat mahal dan tak ada dijual di mana-mana mak,” balas Asrol perlahan, bersemangat tapi agak sopan meyakinkan bondanya dengan usia yang menghampiri lapan puluh tahun dewasa itu.
Asrol menyandarkan badannya ke dinding kulit kayu berwarna coklat pudar di bahagian serambi rumahnya. Matanya sekejap dipejamkan, sekejap dicelikkan.
Dia seakan-akan memikirkan sesuatu perkara. Mak Tijah dan saudara maranya masih lagi berbual-bual. Sementara menanti azan Maghrib, Asrol pun terlena.
“Squad! Squad!…. siap!”
“Hayun paras!. Hayun.., kiri , kanan, kiri… kanan, kiri”.
“Cepat !… cepat!… Jangan lambat. Nanti ambil dua puluh, baru padan.”
“Cantik rambut tu?” Sindir seorang pelajar lama
Asrol cuma tersenyum.
“Ini boleh jadi calon ahli jawatankuasa disiplin ini.” katanya lagi
“Kerja apa sebelum ni?” Tanyanya lagi ingin tahu.
“ Belum kerja lagi masih dalam Latihan di Port Dickson.”
“ Bakal tentera?”
Asrol hanya ketawa kecil sambil mengangguk-angguk perlahan. Amat lega dirasakan oleh dadanya. Dia tersenyum kepuasan.
Bukan senang hendak menjadi anggota seorang tentera dewasa itu apa lagi ketika proses pemilihannya. Ketat dan sungguh memeritkan. Segala-galanya perlu pantas dan siap-siaga.
Kini semua itu sudah berlalu menghampiri setengan abad dan kini hanya menjadi kenangan silam. Pahit dan manis semuanya ditelan dan tersimpan di fu’ad dan lubbnya.
Kini dia hanya menunggu sepucuk surat yang bakal diterima melalui tangan kanannya suatu hari nanti, Insya-Allah. Harap akan mendapat pengakhiran yang baik katanya lagi.
“Mustajab dan perkenankanlah doa hambamu ini ya… Allah.” http://www.utusan.com.my–UTUSAN










