KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia memberikan sokongan dan bantuan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab menjaga pintu masuk negara lebih berkesan. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail menyifatkan pelantikan Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah AKPS adalah satu penghormatan kepada PDRM. Kata beliau, PDRM telah diberi kepercayaan untuk mengetuai satu lagi agensi penting bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terkawal. “Jadi ini bukan satu perkara yang kecil. Saya percaya ini satu amanah berat yang perlu dilaksanakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya