KOTA BHARU: Dewan Pemuda Pas Kawasan Pengkalan Chepa mencalonkan Yang Dipertua Pas Kawasan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Presiden Pas sempena Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke-53 di sini, hari ini. Ketua Penerangannya, Mohamad Sazwan Mohd. Sakri berkata, pencalonan tersebut dibuat sebagai tanda sokongan penuh terhadap kepemimpinan Mohd. Amar yang dilihat mempunyai ketokohan, pengalaman luas serta istiqamah dalam perjuangan Pas di peringkat kawasan, negeri dan Pusat. Katanya, pencalonan itu…