BESUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti cadangan berhubung penggunaan bas persiaran yang disewa oleh pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), khususnya bagi perjalanan pada waktu malam. Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pengurusan universiti perlu memainkan peranan proaktif dengan memastikan komunikasi dan pemantauan rapi terhadap pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Katanya, KPT telah meminta semua universiti mewujudkan komunikasi berterusan dengan langkah-langkah yang sesuai bagi memantau pelajar mereka yang…