Nik Zulhisam mahu terbangkan pesawat Sukhoi Su-30 MKM

Nik Zulhisam mahu terbangkan pesawat Sukhoi Su-30 MKM

NIK Zulhisam Nik Samsudin di samping ibu bapanya selepas Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 86/24 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 66/24 di Kolej Tentera Udara di Alor Setar Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: “Melihat ibu bapa saya, itu menjadi 1,000 sebab utama kenapa saya harus cemerlang dalam latihan penerbangan ini. Mereka pembakar semangat saya.”

Demikian kata pemenang Pelatih Terbaik Sayap Kaku Piala Komandan, Leftenan Nik Zulhisam Nik Samsudin, 25, dari Manek Urai, Kelantan yang mencipta kejayaan menyaingi 12 calon juruterbang lain dalam Kursus Asas Penerbangan Siri 86/24.

Anak bekas mandur ladang itu berkata, walaupun menjalani latihan yang menguji fizikal dan mental, semangatnya kental demi membanggakan bapa, Nik Samsudin Sulaiman, 67, dan ibu, Rokiah Yusuf, 63, yang turut hadir pada hari bersejarah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak ada pengalaman dalam bidang penerbangan, di sini baru saya belajar sehingga dapat sayap penerbangan. Terlalu banyak dugaan dan cabaran tetapi saya berusaha mencapai kejayaan.

“Inspirasi saya adalah emak ayah kerana dari kecil saya minat tentera dan apabila dapat peluang ini saya teringat betapa bangganya mereka apabila saya dapat bawa balik sayap ini,” katanya selepas menerima anugerah itu pada Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 86/24 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 66/24 daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan.

Lebih membanggakan kata Nik Zulhisam, dengan kejayaan tersebut dia terpilih sebagai calon bagi mengemudi pesawat pejuang dan berhasrat menerbangkan Sukhoi Su-30 MKM.

“Itu adalah antara aset TUDM yang terbaharu dan selepas ini saya berhasrat menerbangkan lebih banyak aset baharu yang akan dibawa masuk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini