Naim Daniel mahu bersihkan nama, anggap tuduhan sangat berat

Naim Daniel mahu bersihkan nama, anggap tuduhan sangat berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, menyifatkan dakwaan melakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun sebagai tuduhan yang berat.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, berjanji untuk memberikan kerjasama sepanjang proses perbicaraan demi membersihkan namanya yang tercalar.

“Saya baru sahaja didakwa untuk satu tuduhan yang berat. Saya faham semua ada persoalan dan tanda tanda kerana perkara ini mengejutkan banyak pihak.

“Buat masa ini kita masih di peringkat awal dan saya tidak ingin campur aduk sebarang perkara yang boleh mengganggu perbicaraan nanti.

“Saya serahkan semua kepada sistem keadilan. Saya komited bagi kerjasama yang penuh bagi membersihkan nama saya.

“Saya harap dapat doa daripada semua orang,” katanya.

Naim ditemui Utusan Malaysia di Mahkamah Sesyen Putrajaya bagi menghadapi pertuduhan kes amang seksual, pada Selasa.

Tambah penyanyi Lelaki Gila itu lagi, dia mahu memberi fokus terhadap keadaan diri dan enggan melayan sebarang spekulasi yang boleh menambah kusut fikiran.

“Saya sihat, sekarang fokus kepada keadaan diri sahaja.

“Alhamdulillah, saya pun tidak melatah. sekarang fokus untuk perkara ini dahulu,” katanya.

Terdahulu, Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan Naim Daniel diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Ogos ini bagi sebutan semula kes. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN