KUALA LUMPUR: Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail semalam dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang akan menamatkan kontraknya pada 22 Jun ini. Pelantikan rasmi itu disempurnakan dalam Majlis Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini semalam. Mohd. Khalid, 60, sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas mulai 8 Mei 2023, selepas…