ALOR GAJAH : Menu tradisional Melaka seperti asam pedas dan lempeng menjadi tumpuan utama dalam Cabaran Masakan Melaka 2025 (Melaka Culinary Challenge 2025) yang berlangsung di Freeport A’Famosa Outlet, di sini, bermula semalam hingga esok. Acara yang disertai 500 peserta dari dalam dan luar negara itu turut menampilkan hidangan etnik dan warisan Melayu seperti pulut kuning, rendang daging, ketupat palas, ketupat nasi, roti canai dan teh tarik yang memeriahkan suasana pertandingan yang diiktiraf oleh Persatuan Pertubuhan Chef Dunia (WACS). Pengerusi pertandingan, Cef Rizwandy Perin yang juga Presiden Persatuan Cef Melaka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya