PUTRAJAYA: Malaysia berhasrat memperluaskan hubungan jangka panjang dalam perolehan pertahanan dengan Poland sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibincangkan bersama Presiden Poland, Andrzej Duda semasa lawatan rasmi pemimpin itu ke Malaysia, yang juga merupakan lawatan pertama pemimpin kanan Kerajaan Poland sejak tahun 1999. Beliau berkata, Poland kini muncul sebagai pemain penting di peringkat serantau…










