Lembu Thailand dijual serendah RM3,500 seekor

Lembu Thailand dijual serendah RM3,500 seekor

ABDUL Latif Abd. Rashid memberi makanan kepada lembu ternakannya di Kampung Sungai Lesong, Tapah, Perak. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang penternak di Kampung Sungai Lesong di sini mendakwa, jualan lembu tempatan untuk ibadah korban tahun ini merosot antaranya disebabkan kemasukan haiwan ternakan itu dari Thailand yang harganya lebih rendah.

Menurut Abdul Latif Abd. Rashid, 42, permintaan yang turun mendadak sehingga mencecah 50 peratus menimbulkan keresahan kepada para penternak di negeri ini.

Katanya, selain faktor ekonomi individu yang memilih untuk tidak melaksanakan korban tahun ini, lambakan lembu Thailand juga dilihat sedang me­nguasai pasaran tempatan.

“Difahamkan, lembu import yang dibawa masuk dari Thailand bermula RM3,500 hingga RM4,500 yang menyebabkan pembeli lebih memilihnya ke­rana harganya lebih murah berbanding lembu tempatan sekitar RM4,500 hingga RM6,000 bagi berat bermula 300 kilogram (kg).

“Semasa Aidiladha tahun lalu, saya boleh jual sehingga 40 ekor tetapi tahun ini hanya 20 ekor sahaja sudah terjual. Itu pun jenuh menjualnya dengan meminta tolong kawan-kawan, pelanggan setia selain aktif mempromosikan dalam media sosial,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Abdul Latif, sekiranya perkara itu berterusan, perniagaan yang diusahakan lebih 12 tahun itu mungkin terpaksa dikecilkan saiz operasi.

“Kualiti lembu baka tempatan lebih baik ekoran corak pemakanan dan tempoh penjagaannya. Biasanya lebih diberi makan rumput berban­ding lembu import hanya dedak semata-mata.

“Malah, lembu baka tempatan juga lebih terjamin kesihatan dan keselamatan kerana menepati semua syarat ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN