CIMB lancar muzik video 'Bangun, Kita Bagi Jadi' perkasa bakat seni tempatan

CIMB lancar muzik video ‘Bangun, Kita Bagi Jadi’ perkasa bakat seni tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selari dengan matlamat Memperkasakan Pelanggan dan Masyarakat, CIMB Bank Berhad komited untuk memperkasa bakat Malaysia dalam bidang budaya dan seni melalui gerakan sosial ‘Kita Bagi Jadi’.

Gerakan sosial ini bertujuan menyemai semangat ketahanan, optimis dan nilai positif dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Bersempena sambutan Kemerdekaan ke-68, CIMB menjalin kerjasama dengan penyanyi rap terkenal, Aman RA bagi menerbitkan muzik video baharu bertajuk Bangun, Kita Bagi Jadi.

Pembikinan semula lagu ini menonjolkan semangat ketahanan rakyat Malaysia dan nilai-nilai kempen Kita Bagi Jadi sekali gus menjadikan Aman RA rakan kerjasama terbaik untuk versi terbaharu lagu tersebut. 

Muzik video ini menampilkan gandingan unik antara Aman RA dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Datuk Azizulhasni Awang di mana perjalanan peribadi mereka melambangkan daya tahan dan harapan.

Video berkenaan turut memaparkan kisah rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk usahawan, artis muda dan pelajar yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran peribadi serta menerima impak positif daripada program dan produk CIMB.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB Group, Toni Darusman berkata, ‘Kita Bagi Jadi’ adalah ekspresi kreatif matlamat CIMB. 

“Pada fasa pertama kempen, kami menyokong jaguh sukan Malaysia seperti S. Sivasangari, Datuk Azizulhasni dan Amer Harris dalam mencapai impian mereka. 

“Muzik dan sukan adalah ejen perpaduan yang menyatukan masyarakat, dan Bangun, Kita Bagi Jadi pula menggabungkan dua personaliti daripada latar berbeza dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, CIMB Artober kini berkembang menjadi platform berdaya saing dalam landskap seni negara sekali gus menyediakan artis dan usahawan tempatan serta serantau peluang untuk mempamerkan karya, berhubung dengan khalayak ramai dan memperkasa ekonomi kreatif. 

Sehingga kini, lebih RM20 juta hasil jualan telah dijana sekali gus memanfaatkan lebih 100 artis tempatan dan serantau.

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan CIMB Artober kepada ekonomi kreatif negara, acara tahun ini diiktiraf sebagai program rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN 2025 sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pertukaran budaya dan kreatif di rantau ini. 

CIMB Artober akan berlangsung antara 26 hingga 28 September ini dengan lebih 20 galeri dari Malaysia dan serantau serta mempamerkan karya lebih 100 artis. 

Salah satu tarikan utama ialah pameran eksklusif karya terpilih Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein yang belum pernah ditayangkan kepada umum.

Pendekatan holistik CIMB melalui inisiatif Kita Bagi Jadi mencerminkan komitmennya mencipta impak bermakna melebihi sektor perbankan melalui empat teras utama iaitu komuniti, produk dan penyelesaian mesra pelanggan, kerjasama jenama serta budaya dan seni.

Di bawah Kita Bagi Jadi Komuniti, CIMB telah mengumumkan komitmen bernilai RM200 juta dalam tempoh lima tahun (2026-2030) untuk membantu komuniti kurang mendapat sokongan dan memupuk pertumbuhan inklusif bagi semua rakyat Malaysia. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN