PETALING JAYA : Seorang lelaki disyaki meninggal dunia selepas terjatuh dari landasan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Bandar Puchong di sini hari ini.
Mangsa warga China berusia 40-an ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 6.05 petang tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah dikerahkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi, mangsa ditemukan berada dibawah LRT dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia.
“Kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.