Lebih 400,000 guru dapat Baucer Buku Madani

Lebih 400,000 guru dapat Baucer Buku Madani

ANWAR Ibrahim menyempurnakan gimik penutupan pada Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam. – ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperluaskan pemberian Baucer Buku Madani kepada lebih 400,000 guru seluruh negara mulai tahun ini.
Pada masa sama, pemberian Baucer Buku Madani kepada pelajar universiti masih diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluasaan pemberian baucer itu merupakan usaha berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat.

“Tahun ini kita bagi baucar kepada semua guru-guru. Tahun depan kita lihat dulu keadaan ekonomi negara sebab kita sedang bertarung dengan tarif (Presiden Amerika Syarukat, Donald) Trump,” katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini semalam.

Anwar berkata, perlu ada garis panduan jelas mengenai pemberian baucar buku bagi mengelakkan pembelian naskhah yang tidak berkualiti.

“Harus ada garis panduan. Buku yang diberi, tidak semua buku berkualiti dan mengga­lakkan ilmu,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan (KPM)­ akan segera memperincikan inisiatif pemberian baucar buku kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) agar dapat melaksanakannya dalam tempoh masa terdekat.

KPM dalam satu kenyataan berkata, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 430,000 warga pendidik di seluruh negara.

“Pengumuman Perdana Menteri mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kepentingan mem­budayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat termasuk golongan pendidik.

“Inisiatif ini juga bertepatan dengan usaha berterusan KPM untuk mempertingkatkan amalan membaca di semua peringkat selain sebagai usaha menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kala­ngan pendidik,” katanya.

Pada masa sama, pemberian Baucer Buku Madani kepada pelajar universiti masih diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN