PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) disaran melaksanakan reformasi jangka pendek dalam sistem kemasukan universiti dengan memberi keutamaan kursus dan universiti pilihan pertama kepada semua pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0. Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong berkata, ia perlu dilakukan sebagaimana kerajaan menjamin pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 10A diberikan kemasukan automatik ke matrikulasi. Beliau yang juga ADUN Pasir…