KPN tinjau operasi di IPD Putrajaya 

KPN tinjau operasi di IPD Putrajaya 

FACEBOOK PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid hari ini turun padang dengan mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. 

Beliau mengambil kesempatan tersebut untuk menyantuni warga kerja IPD sejurus selesai menghadiri mesyuarat di Kementerian Dalam Negeri di samping meninjau secara langsung operasi harian yang dilaksanakan mereka.

Mohd. Khalid juga tidak ketinggalan menghadiri Majlis Uji Cuba Pemasangan dan Perakuan Teknikal Penghadang Tempat Kejadian (PTK) yang dibangunkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kontinjen Kuala Lumpur (KL) iaitu Synergy Wow.

Taklimat ringkas disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Polis Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkenaan penggunaan PTK tersebut yang direka khas bagi meningkatkan tahap kecekapan, keselamatan dan keberkesanan kawalan lokasi kejadian oleh pasukan keselamatan.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Muhammed Hasbullah Ali, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) JSJK Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Shamsul Amar Ramli dan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN