Kes bunuh pelajar swasta Cyberjaya: Tiga suspek direman tujuh hari bantu siasatan

Kes bunuh pelajar di Cyberjaya: Tiga suspek direman tujuh hari bantu siasatan

Tiga suspek direman tujuh hari bantu siasatan Kes bunuh pelajar swasta Cyberjaya di Mahkamah Sesyen, Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga suspek kes bunuh membabitkan seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya, Selasa lalu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Azaraorni Abdul Rahman di Mahkamah Sesyen, di sini pagi ini.

Azaraorni membenarkan permohonan reman bagi ketiga-tiga suspek bermula hari ini hingga 3 Julai ini.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek di bawa oleh polis dalam keadaan tangan bergari ke Kompleks Mahkamah Sepang, di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Ketiga-tiga suspek iaitu dua wanita dan seorang lelaki kelihatan tenang dan tunduk ketika di bawa masuk ke dalam mahkamah untuk permohonan reman.

Mereka kemudian di bawa keluar oleh anggota polis meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira pukul 9.40 pagi dipercayai untuk di bawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 20 tahun itu ditahan di sekitar Johor Bahru, Johor, dan Gemencheh, Negeri Sembilan, antara pukul 9 pagi semalam hingga pukul 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek dikenali oleh mangsa.

“Tangkapan dibuat dalam tempoh 48 jam selepas laporan polis berhubung kematian mangsa diterima pada jam 10.28 pagi Selasa lalu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Selasa lalu, mangsa seorang wanita berusia 20 tahun ditemui maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya oleh seorang rakan kira-kira 10 pagi dengan kesan cedera di kepala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN