Kerajaan teliti cadangan pembinaan tembok di Sungai Golok

Kerajaan teliti cadangan pembinaan tembok di Sungai Golok

SHAMSUL Anuar Nasarah semasa berucap di Majlis Lawatan Kerja di Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cadangan pembinaan tembok di sepanjang tebing Sungai Golok yang dikemukanan oleh Polis Kelantan akan diperhalusi oleh kerajaan dalam usaha membendung aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia merupakan salah satu usaha bagi memastikan sempadan negara benar-benar selamat dan terpelihara daripada anasir tidak baik.

“Kami (Kementerian Dalam Negeri) melihat perkara ini daripada pelbagai aspek. Kita bukan sahaja mahu kawal dadah, tapi perkara-perkara lain.

“Kita akan ambil segala cadangan daripada pelbagai pihak untuk diperhalusi dengan sebaiknya dalam mengukuhkan tahap keselamatan sempadan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Lawatan Kerja ke Kelantan di sini sebentar tadi.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pembinaan tembok atau pagar sempadan di Kelantan-Selatan Thailand mampu membantu menyelesaikan kegiatan penyeludupan.

Hal ini kerana sempadan kedua-dua wilayah begitu terbuka dan membabitkan jarak sepanjang 45 kilometer (km).

Shamsul Anuar memberitahu, pihaknya sentiasa memberikan keutamaan dalam aspek kawalan sempadan bagi memastikan keselamatan negara berada pada tahap terbaik.

Katanya, kawalan itu tidak hanya di Kelantan, ia melibatkan seluruh negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN