Kerajaan rangka dasar wajibkan had laju kenderaan berat

Kerajaan rangka dasar wajibkan had laju kenderaan berat

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sedang merangka dasar baharu termasuk mewajibkan pelaksanaan had laju pada kenderaan berat sebagai langkah meningkatkan keselamatan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut penting bagi mengurangkan nahas kemalangan terutama melibatkan kenderaan berat.

Katanya, polisi berkenaan kini sedang diteliti secara menyeluruh sebelum dilaksanakan kelak.

“Kerajaan tidak berhenti dalam usaha memperkukuhkan dasar keselamatan jalan raya.

“Kami komited untuk melindungi pengguna jalan raya terutama daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab dan kenderaan berat yang tidak mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya.

Seramai 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini awal pagi semalam.

Difahamkan kejadian sekitar pukul 1 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN