PASIR SALAK: Kampung Bandar atau ‘Bando’ dalam loghat penduduk tempatan di sini menjadi kampung paling sunyi kerana mengalami kekurangan penduduk. Lokasi itu yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah pemerintahan Sultan Perak dan paling sibuk pada abad ke-18, namun akibat penghijrahan, kampung yang terletak 18 kilometer dari pekan kecil Kampung Gajah itu hampir tiada penduduk. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati terdapat tiga rumah namun penghuninya tiada, difahamkan mereka sedang bekerja di kebun…