Askar Israel derita gatal kulit akibat serangan pepijat di Gaza

Askar Israel derita gatal kulit akibat serangan pepijat di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel yang ditempatkan di Semenanjung Gaza dilaporkan mengalami pelbagai masalah kulit akibat serangan pepijat, menurut laporan Yedioth Ahronoth semalam.

Anggota tentera yang ditempatkan di pos sementara di seluruh wilayah itu mengadu mengalami ruam teruk dan kegatalan berterusan, terutama pada waktu malam.

Akhbar harian Israel itu mendakwa, kedua-dua tentera tetap dan simpanan, termasuk unit yang menempatkan diri di bangunan rosak sebagai kubu sementara, membuat aduan tersebut.

Masalah itu dilaporkan terutama di Gaza tengah dan selatan, tetapi tentera di kawasan Zeitoun, Gaza City serta Jabalia di utara turut menyuarakan kebimbangan sama.

“Tentera menderita dalam diam selama beberapa minggu, dengan kegatalan semakin teruk pada waktu malam,” dakwa seorang pegawai simpanan yang tidak mahu dikenali.

Seorang bapa kepada tentera menceritakan anaknya cuba menyembunyikan kesan gigitan sehingga menyedarinya semasa rehat.

“Mereka diberitahu pos-pos ini hanya sementara beberapa minggu, tetapi ia menjadi kekal.

“Mereka hidup dalam kotoran, dengan najis hanya beberapa kaki dari mereka. Tidak wajar mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan begini,” katanya dengan kehadiran kucing dan anjing liar turut meningkatkan risiko penyakit.

Laporan itu menegaskan, keadaan kebersihan yang teruk berpunca daripada cara tentera tinggal di bangunan terbiar atau rosak, di mana tiada kemudahan tandas yang sempurna.

Sekatan berterusan Israel menyebabkan sebahagian besar Gaza terdedah kepada keadaan tidak sihat dan serangan serangga, manakala ratusan ribu rakyat Palestin yang dipindahkan akibat perang terpaksa berlindung di bangunan rosak yang dipenuhi haiwan liar serta serangga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN