JOHOR BAHRU: Sebanyak 5,744 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ini sepanjang Op Khas sempena Hari Raya Aidiladha bermula 4 hingga 10 Jun lalu. Pengarah JPJ negeri, Azmil Zainal Adnan berkata, sebanyak 45,395 buah kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut dengan 83 sitaan dilakukan melibatkan 66 motosikal, sembilan kereta dan lapan lain-lain kenderaan. Menurutnya, kesalahan tertinggi adalah tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), iaitu sebanyak 1,264 atau 22…