TUMPAT: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini, sesak apabila warganegara Thailand yang mencari rezeki di Malaysia pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, warga Thailand mula menunggu giliran untuk keluar dari negara ini seawal pukul 7 pagi semalam. Seorang warga Thailand yang bekerja di Johor Bahru, Dollah Seman, 25, berkata, dia sudah menjangkakan kesesakan di ICQS Pengkalan Kubor…










