Hussein dilantik Pengarah JSJN, Rusdi terajui JSJK - Utusan Malaysia

Hussein dilantik Pengarah JSJN, Rusdi terajui JSJK

Ridzokumura
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat ketua polis negeri antara lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan yang berkuat kuasa 21 Julai depan.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, pertukaran itu melibatkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Katanya, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman manakala Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan memulakan tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

“Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Deputi Komisioner Gilberd Philip Layang dilantik sebagai pengarah di jabatan sama dengan memangku pangkat Komisioner.

Menurutnya, Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat), Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik Dan Teknologi Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Redzuan Abd. Hamid dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Teknikal/ Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Jelasnya, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/perhubungan Antarabangsa), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalulintas/ Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Pertukaran lain melibatkan Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat), Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/ Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Asisten Komisioner Nordin Md Nor dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) di jabatan sama dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN