Fikry Ibrahim enggan ulas kenyataan bercanggah dengan peguam - Utusan Malaysia

Fikry Ibrahim enggan ulas kenyataan bercanggah dengan peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, enggan mengulas lanjut mengenai kenyataannya yang bercanggah dengan respons diberikan peguam, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, pada Khamis.

Fikry atau Fikry Ahmad Ibrahim, 31, berkata kehadiran isterinya, Siti Khalizah Alihan ke mahkamah pagi tadi adalah bertujuan menarik semula kes perceraian yang difailkan pada Mei.

Bagaimanapun, kenyataan itu berbeza dengan respons peguam, Muhammad Afiq mewakili Siti Khalizah menyatakan kehadiran anak guamnya adalah bertujuan menghadiri sebutan kali pertama kes perceraian.

“Saya tiada benda nak cakap, saya pelajar komunikasi massa.

“Terima kasih datang saya sudah memberi cerita penuh semasa rancangan Melodi,” katanya ringkas ketika diterjah pengamal media sejurus siaran langsung program hiburan di Bangsar.

Bagaimanapun, pengacara Melodi itu mengatakan isterinya juga hadir menemaninya bekerja semasa sesi siaran langsung.

Bagaimanapun, kelibat isterinya tidak kelihatan kerana difahamkan menunggu di dalam mereta.

Menurut Fikry, segala kekeliruan yang terjadi bukanlah gimik semata-mata.

“Ya, isteri ada. Tak mungkin gimik,” katanya kemudian berjalan ke kereta mewah berwarna hitam.

Terdahulu, isteri kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan, 37, telah memfailkan perceraian  di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Peguam mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib memaklumkan, punca anak guamnya menuntut perceraian adalah disebabkan tiada persefahaman.

Mahkamah menetapkan satu tarikh baharu iaitu pada 10 September susulan ketidakhadiran Fikry.

Sebelum ini, Fikry dan Khalizah selamat bernikah pada 12 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Kedah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN