PASIR SALAK: Seorang lelaki kehilangan tangan kanan sehingga hampir ke paras bahu yang terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman selepas terkena duri ikan siakap merah atau ikan kaci kira-kira sembilan bulan lalu. Mohd. Hanafi Zahari, 45, dari Kampung Parit 6 A, Sungai Manik berkata, semuanya bermula pada 25 April lalu apabila dia membeli ikan siakap merah daripada kawannya yang menjual ikan menaiki motosikal dari rumah ke rumah penduduk di sekitar kawasan…









