KUANTAN: Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler di Batu 12, Jalan Kuantan-Maran berhampiran sebuah stesen minyak, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang apabila treler dari arah Johor menuju ke Kuantan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Toyota Vios. Katanya, kemalangan itu mengakibatkan penumpang…