Polis Sarawak terus pertingkat kawalan keselamatan di LNG Bintulu

Polis Sarawak terus pertingkat kawalan keselamatan di LNG Bintulu

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak terus meningkatkan kawalan keselamatan pada tahap tertinggi di kawasan LNG Bintulu, susulan ancaman keselamatan ke atas fasiliti tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan, pihaknya telah menerima laporan mengenai ancaman itu pada hari ini, yang dibuat melalui aplikasi Whatsapp menggunakan nombor telefon yang didaftarkan di Indonesia.

“Namun isu di sebalik ancaman ini masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mancha menegaskan pihaknya memandang serius ancaman itu kerana LNG Bintulu merupakan sasaran penting keutamaan satu dalam negara.

Beliau berkata pihaknya juga masih berusaha mengenal pasti identiti suspek yang membuat ancaman tersebut.

“Situasi semasa dalam keadaan terkawal,” katanya.

Justeru, Mancha meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

Katanya sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan telah menerima pemakluman berhubung ancaman keselamatan terhadap fasiliti-fasiliti LNG di dalam negara, khususnya di Bintulu.

Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia melalui MKN mengarahkan agar semua fasiliti LNG yang beroperasi di sekitar Bintulu untuk memperketatkan kawalan keselamatan dengan serta-merta buat sementara waktu.

“Ini adalah untuk membolehkan pihak keselamatan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

MKN menambah agensi-agensi keselamatan negara kekal bersedia berdepan sebarang kemungkinan dan telah mengambil langkah-langkah kawalan terhadap ancaman keselamatan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN