Cinta musnah lepas tiga bulan, kekasih jatuh hati dengan pelakon lain - Utusan Malaysia

Cinta musnah lepas tiga bulan, kekasih jatuh hati dengan pelakon lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabil Aqil, sukar melupakan pengalaman buruk bercinta dengan seorang pelakon wanita yang mencuranginya dengan menjalin hubungan istimewa di set penggambaran sebuah drama. 

Jelas Aqil atau Mohammad Nabil Aqil Mohd Salehuddin, 27, walaupun peristiwa itu berlaku sekitar tahun 2002, kenangan itu sedikit sebanyak membuatnya lebih cenderung mencari gadis di luar industri hiburan untuk dijadikan pasangan. 

Bagi saya semua artis perempuan adalah kawan, saya tidak mahu ada cinta lokasi. Saya pernah bercinta dengan seorang artis tapi perjalanannya tidak cukup indah, tiga bulan sahaja. 

“Bila artis itu berlakon dengan lelaki lain, dia mula tangkap cinta di set penggambaran. 

“Saya memang suka bercinta dengan orang biasa tapi cuma dengan pelakon itu, saya jatuh hati dan luahkan perasaan. Dia terima saya.

“Tapi nak buat macam mana, benda sudah jadi,” katanya. 

Nabil ditemui  di sesi ramah mesra bersama pelakon drama Aku Bukan Ustazah 2 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, bercinta sesama artis juga tidak mudah kerana perlu menguatkan hati melawan rasa cemburu apabila kekasihnya dikelilingi ramai kawan lelaki.

“Kalau nak bercinta dengan artis, hati kena kuat. Sebab mereka ini akan sentiasa dikelilingi ramai lelaki. Itu antara kelebihan dan kekurangannya juga.

“Tapi seandainya ada peluang digandingkan bersama (dengan bekas kekasih), saya akan profesional,” tambahnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN