Sepanyol kekal rekod sempurna

Sepanyol kekal rekod sempurna

Penyerang Sepanyol, Yeremy Pino (dua dari kiri) menjaringkan gol dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Georgia di Stadium Manuel Martinez Valero, Elche, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ELCHE: Sepanyol meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan bergaya apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Georgia hasil jaringan Jeremy Pino dan Mikel Oyarzabal di Stadium Manuel Martinez Valero, Elche, semalam.

Kemenangan itu mengekalkan rekod sempurna juara Eropah itu dalam Kumpulan E, sekali gus semakin menghampiri tiket ke Piala Dunia selepas menjaringkan 11 gol dalam tiga perlawanan tanpa bolos.

Sepanyol kini mendahului kumpulan dengan sembilan mata, tiga mata di hadapan Turki, manakala Georgia kekal di tangga ketiga dengan tiga mata dan Bulgaria pula tercorot selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut.

Pertahanan Sepanyol, Pedro Porro mengakui semua pemain menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan gembira dapat memastikan benteng La Roja terus utuh tanpa dibolosi dalam tiga perlawanan berturut-turut.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini. Pasukan bermain dengan sangat baik dalam semua aspek permainan. Kami berhati-hati terhadap serangan balas mereka dan saya rasa pasukan mengawal permainan dengan baik.

“Barisan pertahanan juga beraksi cemerlang. Ini adalah perlawanan ketiga kami tanpa bolos, sesuatu yang penting untuk membina keyakinan. Kini kami bersiap untuk satu lagi aksi sukar pada Rabu ini,” kata Porro kepada TVE Sepanyol.

Pada aksi itu, Sepanyol yang turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Lamine Yamal, Nico Williams dan pemenang Ballon d’Or 2024, Rodri, akibat kecederaan masih mampu bermain dengan baik.

Skuad bimbingan Luis de la Fuente menguasai bola hampir 80 peratus ketika Georgia yang lebih banyak bertahan sepanjang perlawanan, lawannya itu langsung tidak melakukan sebarang percubaan tepat ke gawang Sepanyol.

Pino membuka jaringan pada minit ke-24 hasil gerakan sepakan percuma yang menarik dan gol kedua Sepanyol hadir pada minit ke-64 apabila Oyarzabal menyempurnakan sepakan percuma cantik dari luar kotak penalti. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN