GOMBAK: Calon yang mendapat keputusan 5A dan 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 meningkat.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, pada tahun 2024, bilangan calon yang mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil telah meningkat.
Kata beliau, calon yang mendapat 5A dalam STPM 2024 meningkat kepada 53 calon berbanding 41 calon dalam peperiksaan STPM 2023.
“Bilangan calon yang mendapat 4A juga telah meningkat daripada 1,087 calon pada tahun 2023 kepada 1,228 calon,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM Tahun 2024 hari ini/
Katanya, peratusan calon STPM 2024 yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran berbanding STPM 2023 juga turut meningkat.
“Sebanyak 0.70 peratus atau 201 calon, iaitu daripada 75.85 peratus atau 31,516 calon pada tahun 2023 kepada 76.55 peratus atau 31,717 calon pada tahun 2024,”katanya.-UTUSAN










