Bomba selamatkan pendaki dehidrasi, keletihan di Teluk Bahang

Bomba selamatkan pendaki dehidrasi, keletihan di Teluk Bahang

PASUKAN bomba berjaya membawa turun dua pendaki selepas salah seorang daripada mereka mengalami masalah dehidrasi dan keletihan ketika mendaki kawasan Taman Rimba Teluk Bahang di Balik Pulau, Pulau Pinang malam tadi.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Sepasukan anggota bomba berjaya membawa turun dua pendaki selepas salah seorang daripada mangsa dikatakan mengalami masalah dehidrasi dan keletihan ketika mendaki kawasan Taman Rimba Teluk Bahang di sini, lewat petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.40 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Bahang kemudian dikerah ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai lokasi keberadaan mangsa melalui aplikasi Whatsapp.

“Mangsa pertama iaitu seorang wanita berusia 34 tahun mengalami masalah dehidrasi dan keletihan manakala mangsa kedua iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun pula berada dalam keadaan selamat.

“Kedua-duanya kemudian dibawa turun dengan selamat. Operasi mencari dan menyelamat seterusnya selesai kira-kira pukul 10.51 malam sebelum kes itu diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, tengah malam tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN