Bomba angkat guru obesiti 350kg bawa ke hospital

Bomba angkat guru obesiti 350kg bawa ke hospital

SEPASUKAN anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah membantu memindahkan seorang guru lelaki obesiti seberat kira-kira 350kg di rumahnya di Taman Seri Gamelan, Alor Gajah, Melaka awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang guru lelaki obesiti seberat kira-kira 350 kilogram (kg) terpaksa dibantu lapan anggota bomba selepas tidak mampu bergerak di bilik air rumahnya di Taman Seri Gamelan, Masjid Tanah awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya tiba ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.56 pagi.

Menurut beliau, sebaik pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah tiba di lokasi, mangsa berusia 40 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah di ruang bilik air yang sempit selepas gagal bangun walaupun dibantu isterinya.

“Mangsa dianggarkan seberat 350 kilogram dan lapan anggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memindahkannya keluar sebelum dibawa menaiki lori angkut bomba,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Mohd. Hafidzatullah, operasi turut berdepan kesukaran apabila mangsa perlu ditenangkan kerana menahan kesakitan akibat jangkitan kuman pada kaki selain mempunyai sejarah penyakit lelah.

“Mangsa juga mengalami demam sejak lebih seminggu lalu dan sedang bercuti sakit. Keadaannya yang kurang selera makan menyebabkan beliau tidak mempunyai tenaga untuk bergerak.

“Selepas berjaya dipindahkan, mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah menggunakan lori bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×