23 hektar Hutan Simpan Sungai Kelambu terbakar

23 hektar Hutan Simpan Sungai Kelambu terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dekat Sungai Kelambu, Kuala Langat, Selangor, semalam. – JBPM SELANGOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kebakaran yang berlaku di Hutan Simpan Sungai Kelambu di Banting, Kuala Langat sejak tengah hari semalam melibatkan kawasan seluas seluas kira-kira 23 hektar atau bersamaan dengan 32 padang bola sepak.

Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor (JPNS), Azhar Ahmad berkata, bagaimanapun tiada perebakan berlaku sehingga pukul 9 semalam apabila sebahagian kira-kira 15 hektar yang terjejas berjaya dipadamkan.

“Kawasan Sungai Kelambu yang terjejas akibat kebakaran hutan terletak di sebahagian Kompartment 55, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. Sebahagian daripada kawasan Sungai Kelambu yang terbakar terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.

“Jenis tanah di kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan adalah jenis tanah paya gambut. Kawasan tersebut boleh dikategorikan sebagai kawasan hutan terosot yang musnah akibat kebakaran hutan. Kawasan tersebut hanya ditumbuhi resam dan lalang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, kebakaran pernah berlaku di kawasan tersebut pada 2021 dan 2023 melibatkan kemusnahakan seluas kira-kira 1.62 hektar.

Semalam, akhbar ini melaporkan kawasan hutan simpan seluas kira-kira empat hektar berdekatan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kelambu, Banting di sini, terbakar.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian tersebut berlaku semalam, namun operasi pemadamannya dilakukan semalam apabila tiada sumber air dan akses ke lokasi.

Katanya, bomba bomba menerima panggilan pada pukul 12.43 tengah hari semalam dan menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting ke tempat kejadian.

Azhar memberitahu sehingga semalam kerja-kerja memadam kebakaran masih giat dilakukan melibatkan seramai 36 anggota daripada JBPM Selangor termasuk sepasukan dari BBP Banting.

“Turut terlibat 12 anggota daripada JPNS, Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Pejabat Daerah Tanah Sepang serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor.

“Keluasan sebenar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan sehingga 31 Disember 2025 adalah 6,844.30 hektar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN