Bekas Pengarah JKR didakwa terima RM70,000 daripada kontraktor

Bekas Pengarah JKR didakwa terima RM70,000 daripada kontraktor

NORMAN Md. Rabani (kanan) berhadapan lima pertuduhan menerima wang tunai berjumlah RM70,000 berkaitan kerja penyelenggaraan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan menerima wang tunai berjumlah RM70,000 tanpa balasan.

Tertuduh, Datuk Ir. Norman Md. Rabani, 51, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM70,000 tanpa balasan daripada seorang subkontraktor yang mempunyai kepentingan dengan sebuah syarikat penyelenggaraan bangunan di Sunway Putra Mall antara 10 Ogos 2024 dan 23 Januari lalu. 

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Natrah Fareha Rahmat.mencadangkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin serta tiga syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap awal bulan dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Peguam Abdul Hakeem Aiman memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya bukan ahli perniagaan, sebaliknya penjawat awam yang memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dan sudah direman selama empat hari.

Katanya, tertuduh perlu menanggung empat anak berusia antara 16 hingga 24 tahun yang masih belajar serta ibu bapanya memerlukan perbelanjaan bagi ubat-ubatan.

“Penjamin kepada tertuduh ialah isterinya yang merupakan pensyarah universiti. Jika jumlah jaminan terlalu tinggi, ia akan memberi tekanan kewangan kepada tertuduh dan keluarganya,” katanya. 

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta kesemua syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.

20 Ogos ini ditetapkan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN