Baucer Buku Madani diperluaskan kepada lebih 400,000 guru

Baucer Buku Madani diperluaskan kepada lebih 400,000 guru

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan untuk memperluaskan pemberian Baucer Buku Madani kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara mulai tahun ini.

Pada masa sama, pemberian Baucer Buku Madani kepada pelajar universiti masih diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluasaan pemberian baucer itu merupakan usaha berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tahun ini kita bagi baucar kepada semua guru-guru. Tahun depan kita lihat dulu keadaan ekonomi negara sebab kita sedang bertarung dengan tarif (Presiden Amerika Syarikat, Donald) Trump,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Anwar berkata, perlu ada garis panduan jelas mengenai pemberian baucar buku bagi mengelakkan pembelian naskhah yang tidak berkualiti.

“Harus ada garis panduan. Buku yang diberi, tidak semua buku berkualiti dan menggalakkan ilmu,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN