PETALING JAYA: Seramai 33 pekerja kilang cedera ringan manakala 11 lagi selamat apabila bas dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kejadian di Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, dekat sini, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada 6.59 pagi dan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan BBP Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian.
Pengarah Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya mendapati sebuah bas kilang membawa 44 pekerja kilang warga asing terbabas dan terbalik.
“Seramai 33 orang mangsa mengalami cedera ringan dan lapan daripada mereka dibawa ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang dan selebihnya menerima rawatan di lokasi kejadian.
“Manakala 11 lagi mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN