Anak Kelantan tidak kisah bersesak, asal dapat balik beraya

Anak Kelantan tidak kisah bersesak, asal dapat balik beraya

JUMLAH kenderaan kawasan Bandar Utama menghala ke Pusat bandar Gua Musang, Kelantan bertambah selepas perantau mulai pulang ke ibu kota dalam tinjauan semalam. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Anak-anak Kelantan di perantauan tidak kisah mengambil masa berjam-jam meredah kesesakan lalu-lintas asalkan dapat pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata perantau menyifatkan kesesakan lalu-lintas sebagai ‘asam garam’ setiap kali pulang menyambut Adiladha atau Aidilfitri.

Seorang perantau, Mat Lazim, 44, berkata, dia dan keluarga tidak kisah berdepan de­ngan situasi tersebut.

“Kami tidak kisah berada berjam-jam di atas jalan terutama ketika musim raya. Hari Raya Aidiladha di kampung sangat meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri. Walaupun cuti singkat kami tetap pulang ke kampung untuk meraikan bersama ke­luarga,” katanya semalam.

Mat berkata, dia menempuh kesesakan lebih empat jam dari Kuala Krai untuk sampai ke bandar Gua Musang.

Sementara itu suri rumah, Mukminah Abdullah, 39, berkata, dia bersama suami dan empat anak mereka bertolak dari Kampung Chenulang, Kuala Krai pada pukul 4 petang dan tiba di Gua Musang hampir pukul 8.30 malam.

Katanya, perjalanan kali ini mencabar kerana banyak ken­deraan bergerak serentak di atas jalan raya dan terpaksa mengharungi tempoh masa lebih empat jam dari Kuala Krai ke Gua Musang.

“Kami sudah biasa apabila terpaksa hadap jalan sesak setiap kali musim perayaan. Sebagai rakyat Kelantan, kami sentiasa bersemangat dan tidak serik mengharungi kesesakan panjang asalkan dapat beraya bersama keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN