Ammar Titan amuk pada siapa? - Utusan Malaysia

Ammar Titan amuk pada siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon, Azizul Ammar atau Ammar Titan meluahkan rasa berang terhadap sikap pilih kasih sesetengah produksi ketika mengadakan sesi ujibakat pemilihan pelakon bagi sesebuah naskhah.

Bagai sudah muak dengan sepak terajang dalam industri seni, Ammar berkata meskipun seseorang pelakon itu sudah cuba tonjolkan sisi terbaik bakatnya, belum tentu mereka menjadi pilihan produksi.

“Antara benda paling mengarut dalam casting kat Malaysia ini, walaupun kau buat bagus waktu uji bakat terbuka, orang ramai suka dan tepuk.

“Pengarah puji lakonan bagus dan panelis ujibakat pun suka. Belum tentu kau dapat. Oleh itu, jangan jadi bagus,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Dalam masa sama, Ammar turut menasihatkan agar pihak produksi tidak membuang masa untuk mengadakan sesi casting sekiranya sudah mempunyai senarai pelakon pilihan.

Dakwa Ammar, setiap usaha seseorang pelakon itu untuk menghadiri sesi ujibakat bagi sesebuah watak juga memerlukan kos perbelanjaan.

“Ada yang panggil buat uji bakat tertutup tapi suruh sedia dialog karakter ini, sekali bila sudah sampai suruh tukar dialog lain pula.

“Kalau sudah ada orang yang memang kau dah letak dalam senarai pelakon, tak perlulah buat uji bakat secara terbuka atau tertutup lagi.

“Kau ingat semua yang datang itu bahan konten ‘ketelusan casting’ ? Orang datang pakai duit nak bayar itu, nak bayar ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN