AGC fail notis rayuan keputusan bebas Syed Saddiq

AGC fail notis rayuan keputusan bebas Syed Saddiq

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman selepas Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan beliau daripada hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta bagi empat pertuduhan berkaitan dana Armada.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman daripada semua pertuduhan pecah amanah dihadapinya.

AGC dalam kenyataan berkata, notis itu difailkan setelah meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa proses rayuan ini merupakan sebahagian daripada sistem kehakiman yang membenarkan semakan terhadap keputusan mahkamah lebih rendah.

“Ia adalah amalan biasa dalam proses perundangan negara dan tidak mencerminkan sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, notis rayuan itu bertujuan memastikan isu perundangan yang timbul daripada keputusan Mahkamah Rayuan dapat diteliti dan diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan selaras dengan prinsip keadilan dan tadbir urus undang-undang yang telus.

Semalam, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan atas pelbagai kesalahan berkaitan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim telah memutuskan secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan oleh Syed Saddiq.

Ahmad Zaidi yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

Hakim Noorin ketika membacakan keputusan itu antara lain berpendapat, pertuduhan bersubahat pecah amanah yang dihadapi oleh Syed Saddiq, tidak berasas.

Beliau berkata, pendakwaan gagal membuktikan niat tidak jujur Syed Saddiq ketika memberikan arahan supaya wang RM1 juta dikeluarkan daripada dana Armada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN