Aerotrain KLIA beroperasi semula secara rasmi esok

Aerotrain KLIA beroperasi semula secara rasmi esok

ANTHONY Loke Siew Fook menunjukkan dokumen yang ditandatanganinya bagi mengesahkan Aerotrain KLIA akan kembali beroperasi semula esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secara rasmi  beroperasi semula esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata perkhidmatan itu akan mula  beroperasi pada pukul 10 pagi.

“Aerotrain ni yang bawa penumpang ulang-alik antara main terminal dan satellite building, supaya perjalanan lebih cepat dan selesa di KLIA Terminal 1.

“Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus siang malam pastikan Aerotrain kembali beroperasi. Jumpa anda di Aerotrain,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN